Rindu. Saat di mana aku tidak mempunyai sesuatu dan di fikiran hanyalah kamu. Saat di mana kamu mula sibuk melakukan hal dunia. Diri ini ego,
dia tidak memulakan bicara, maka patutkah aku memulakannya dahulu.
Biarlah.
Tapi tak mampu. Semakin rindu.
Bila kita dah menyayangi seseorang. Seorang yang istimewa. Yang ingin dijadikan sebahagian dalam kehidupan pada waktu akan datang, InsyaAllah, dengan izin Allah. Ku sentiasa berdoa pada Dia. Dekatkanlah aku pada orang itu jika benar dia untukkku. Jik tidak, ku mohon kau jauhkan dia dariku dan dekatkanlah dia dengan yang lebih baik daripada diriku ini.
Jujur aku rindu.
Tapi aku lupa.
Rindu aku pada Dia tidak sebegini.
Rindu aku pada Dia tidak sehingga berlinang air mata mengenangkan segala dosa yang telah aku lakukan.
Sangat alpa.
Senang di dunia.
Seksaan di akhirat.
Syukur. Aku bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh Dia kepada aku.
Apabila aku fikir kekurangan ku, mengingatkan kepada ku kepada mereka yang lebih sukar.
Dan aku sentiasa percaya ada hikmah di sebalik apa yang ada pada diriku.
Supaya aku sedar.
Alhamdulillah.
Tapi aku masih kesal dengan diri ini.
Istiqamah?
Usah sebut pasal itu.
Satu sahaja susah untuk dirikan.
Mungkin tunggu sehingga diri ini benar-benar dalam kesusahan barulah lengkap kelima limanya.
Ya Allah.
Aku sedar, rindu ku padaMu tidak seperti perasaan rindu ku pada dia.
Aku berdosa.
Dia maha pengampun.
Dia maha segala-galanya.
Diri,
sedarlah,
mengapa engkau perlu bersedih pada orang yang belum tentu hadir dalam hidupmu
Sedangkan Dia yang selalu berada untukmu, mendengar permintaanmu malah menunaikannya, tidak pernah sekali pun terdetik bagi engkau untul merindukannya.
Ingat mati,
Sentiasa ingat,
Perlu,
Supaya setiap kali engkau mengingati,
Kau akan mula sedar,
Bila-bila masa engkau akan pergi,
Dan engkau akan terfikir,
Cukupkah segala bekalan?
Sekian.

0 comments